Cerita Bahasa Melayu



 
Cerita 1  :  Hati kera Tertinggal

          Pada suatu hari, kura-kura berasa sedih kerana isteri kura-kura jatuh sakit.  Kura-kura berenang ke sana ke mari sambil berfikir.  Sebagai ubatnya, kura-kura mesti mendapatkan hati kera.

       Tiba-tiba kura-kura melihat seekor kesa sedang makan buah jambu air di atas dahan pokok.  Kura-kura mendapat akal.  "Aku fikir buah jambu di sini tidak seenak buah jambu di seberang sungai", kata kura-kura kepada kera.  "Benarkah kata-katamu itu?" tanya kera.  "Malangnya aku tidak pandai berenang untuk pergi ke sana."

        "Aku boleh bawakan kau pergi" kata kura-kura.  Kera terus melompat ke atas belakang kura-kura.  Kura-kura berenang ke sebelah sungai dan memberitahu hajatnya yang sebenar.  "Isteri aku sakit dan perlukan hati kera untuk mengubati penyakitnya."  Kera berasa terkejut dan tahu yang dirinya sudah ditipu oleh kura-kura.  Ia pun berpura-pura tidak takut dan cuba mencari jalan untuk melepaskan diri.  Lalu, ia mendapatkan akal.  "Aku bersimpati dengan isteri kau," kata kera yang pura-pura bersedih. "Tapi aku tidak dapat menolong kau kerana hatiku tertinggal di atas dahan pokok tadi."

         Kura-kura berasa hampa.  Kera pun memujuk, 'Ayuh kita berpatah balik ke pokok tadi dan beri hatiku kepadamu."  Kura-kura pun bersetuju.

           Kera terus melompat ke  atas dahan pokok.  "Alangkah  bodohnya kau, kura-kura."  Kata kera.  Kura-kura berasa malu lalu berlalu dari situ.








Cerita 2 : Kancil Memperdaya Harimau

             Pada suatu ketika dahulu, harimau adalah sangat ganas.  Harimau suka mengganggu haiwan-haiwan lain.  Haiwan-haiwan lain sangat takut kepada harimau.  Kancil adalah haiwan yang bijak.

          Pada suatu hari, kancil mendapat akal lalu berjumpa harimau.  Harimau terus mengejar kancil.  Kancil berasa takut lalu berlari pantas dan sembunyi di dalam gua.

           Tiba-tiba harimau terdengar suara yang garau dari gua itu.  "Umph, sedapnya rasa pekasam mata harimau."  Harimau berasa takut lalu melarikan diri dan sembunyi.  Haiwan-haiwan ketawa kepada harimau itu.  Rupanya suara di dalam gua adalah penyamaran suara kancil.

          Mulai hari itu, harimau berasa malu dan tidak berani mengganggu haiwan-haiwan lagi.







Cerita 3 : Musang Ditipu Rubah



          Pada suatu hari, seekor rubah telah memasuki sebuah ladang untuk mencari makanan.  Rubah itu telah berjaya menangkap seekor ayam.  Anjing peladang terdengar teriakan ayam lalu mengejar rubah yang sedang menggonggong ayam yang ditangkapnya.  Dengan mulutnya menggonggong ayam, rubah pasti tidak dapat berlari pantas dan anjing peladang tentu akan dapat mengejarnya.  

          Apabila rubah melintas di depan lubuk musang, rubah pun mendapat buah fikiran untuk menyelamatkan diri.  Rubah meletakkan ayam yang dicurinya dan berkata, "Wahai Encik Musang, bolehkah kamu menolong aku menyembunyikan ayam yang aku curi dari ladang itu?  Apabila aku kembali semula, bolehlah kita menikmatinya bersama-sama."  Musang berasa gembira kerana akan mendapat habuannya.  "Saya tidak akan rugi apa-apa pun," fikir musang.  Sementara itu, anjing peladang berjaya menghidu jejak rubah dan sampai ke lubuk musang.  Ia ternampak tompokan-tompokan darah ayam di hadapan lubuk menuju ke arah dalam lubuk.

      Salakan anjing peladang yang sedang marah menakutkan musang.  Dengan nada takut musang berkata, "Encik Anjing, aku tidak mencuri ayam itu, rubah yang telah mencurinya."  Anjing pun menjawab, "jika rubah itu ialah pencuri sebenar, maka kamu juga turut bersalah kerana bersubahat dengannya."  Sebaik sahaja anjing itu habis bercakap, ia pun menerkam musang dan membunuhnya.






     

3 ulasan: